My Add

Wednesday 6 March 2013

PM nafi TNB akan dipecah jadi syarikat kecil

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Kerajaan menafikan spekulasi yang menyatakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan dipecahkan kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara, kerajaan memutuskan untuk tidak sama sekali memecahkan syarikat utiliti itu.

"Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan pastikan TNB kekal sebagai syarikat utiliti unggul, dan melihat TNB sebagai juara serantau," kata Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Lawatan Kerja Perdana Menteri ke TNB di sini hari ini.

Najib mengulas spekulasi operasi TNB yang kini terbahagi kepada tiga bahagian - pembahagian, penjanaan dan penghantaran, akan dipecahkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment