My Add

Saturday 23 March 2013

PM ucap tahniah kepada calon SPM yang cemerlang

 *LAMAN Twitter Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

Pada masa sama, Perdana Menteri menasihati calon yang berjaya supaya tidak lupa kepada jasa guru serta ibu bapa masing-masing.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang mendapat keputusan yang anda telah hajati. Jangan lupa pembimbing dan ibu bapa kita," kata Najib menerusi laman Twitternya.

Seramai 15,793 calon SPM tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment