My Add

Tuesday 26 March 2013

PM ucap tahniah kepada seluruh warga PDRM

 *NAJIB Tun Razak diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memeriksa
 perbarisan ketika upacara istiadat tabik hormat dalam majlis sambutan peringatan
 Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di Kuala Lumpur hari ini
. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-206 pasukan itu hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia mengimpikan sebuah perkhidmatan kepolisan yang profesional, berkesan dan terbaik demi keamanan dan keselamatan negara.

"Kita mengimpikan sebuah negara maju berpendapatan tinggi di mana jalan-jalannya, taman-taman perumahannya dan kawasan amnya bebas daripada jenayah agar rakyat Malaysia boleh bersama-sama keluarga di seluruh pelosok Malaysia tanpa rasa bimbang mahupun takut terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka. Ayuhlah bersama-sama kita jadikan impian ini sebuah realiti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment