My Add

Saturday 9 March 2013

Polis ambil serius khabar angin disebar pihak tidak bertanggungjawab 

 *PASUKAN keselamatan bersiap sedia menuju ke lokasi pertempuran dalam Op
 Daulat bagi menumpaskan saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh
 di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, semalam. - BERNAMA

KOTA KINABALU, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Kerajaan tidak pernah mengambil mudah setiap khabar angin yang disebarkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selain menyiasat siapa dalangnya, polis turut berwaspada dengan setiap maklumat diperoleh terutama melalui laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.

"Polis tidak pernah berkompromi dan berada dalam zon selesa dengan mengambil mudah setiap khabar angin disebarkan, kita tetap siasat dan pada setiap masa berada dalam situasi berwaspada," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Negeri hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment