My Add

Tuesday 26 March 2013

Polis buka kertas siasatan kes dakwaan ‘culik’ EXCO negeri Kedah

ALOR SETAR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes dakwaan 'culik' ke atas EXCO negeri, Datuk Phahrolradzi Zawawi.

Beliau berkata, buat masa sekarang beberapa saksi sudah dipanggil dan diambil keterangan susulan laporan dibuat seorang penganjur ceramah di Balai Polis Yan, dekat sini, baru-baru ini.

"Sehingga kini, belum ada penahanan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seskyen 341 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuat halangan salah," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment