My Add

Thursday 7 March 2013

Polis Kedah lancar Tabung Kebajikan PDRM Lahad Datu

Oleh SAFINA RAMLI
ALOR SETAR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Rakyat negeri ini yang ingin menderma kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna boleh berbuat demikian di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) mulai hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua kutipan yang diperoleh untuk Tabung Kebajikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Lahad Datu akan diserahkan kepada bahagian kebajikan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Sebelum ini orang ramai yang ingin menderma tidak tahu macam mana mereka nak salurkan sumbangan, jadi dengan pelancaran Tabung Kebajikan PDRM Lahad Datu hari ini mereka boleh datang pada bila-bila masa di IPD dan IPK Kedah untuk menderma,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyematan pangkat dan penyampaian sijil tamat latihan Sukarelawan Simpanan PDRM (SSPDRM) di IPK Kedah di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 34 SSPDRM telah dinaikkan pangkat setelah menunjukkan komitmen yang baik dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan 109 anggota SSPDRM pula telah menamatkan latihan siri 1/2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment