My Add

Tuesday 19 March 2013


Polis temui bahan letupan di bilik asrama universiti

MIAMI, SELASA, 19 Mac, 2013: Polis Amerika Syarikat (AS) menemui bahan letupan dan senjata di sebuah bilik asrama di Universiti Pusat Florida awal pagi semalam selepas insiden kematian seorang lelaki dipercayai akibat terkena tembakan sendiri.

Universiti itu dalam satu kenyataan berkata, ratusan mahasiswa telah dipindahkan dari universiti berkenaan yang ditutup sejurus penemuan senjata tersebut.

Kejadian itu mula didedahkan selepas polis kampus menerima satu panggilan kecemasan daripada dewan kediaman Menara 1 universiti kira-kira pukul 12.20 pagi waktu tempatan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment