My Add

Monday 25 March 2013

Politiking: Melayu celaru, berpecah

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Ma, 2013: Budaya politiking yang semakin tidak beretika, rakus dan terlalu kepartian menjadi punca orang Melayu semakin bercelaru dan kabur serta hilang peradaban dalam berpolitik.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, situasi itu berlaku akibat orang Melayu terlalu taksub terhadap parti politik yang disertai mereka.

Beliau yang juga Felo Residen Yayasan Kepimpinan Perdana menambah, meskipun orang Melayu berhak berpolitik dan berpegang kepada ideologi politik tertentu namun mereka perlu memastikan sentiasa berfikiran waras dan bertindak dengan wajar.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang membimbangkan kerana fikiran orang Melayu bercelaru, tidak logik dalam berfikir dan berpecah. Ini berlaku akibat politiking tidak beretika," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai sifat membenci sesama Melayu dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam tulisan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyemai kebencian dalam kalangan orang Melayu dengan membangkitkan ketaksuban kepada kebebasan dan akal fikiran Barat untuk meruntuhkan kuasa orang Melayu yang ada pada UMNO. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment