My Add

Tuesday 26 March 2013

Potong kemaluan sendiri, bapa

 *BAPA suspek yang cedera selepas kemaluannya dikerat oleh anaknya dibawa
 ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, semalam.
 - Utusan/Shaifudin Mohd Nor

Oleh iswan shafiq mat isa
KUALA TERENGGANU, AHAD, 24 Mac, 2013: Gara-gara terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui internet, seorang lelaki tergamak memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluan sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek berusia 40 tahun turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek pada mulanya hanya mahu membuat bapanya menangis bagi mengeluarkan semangat ‘Imam Nawawi’ daripada tubuh orang tuanya itu seperti diarahkan dalam ajaran sesat yang dipelajari di internet.

Beliau berkata, apabila gagal membuatkan bapanya menangis, suspek bertindak ganas memukul dan memotong kemaluan bapanya itu menggunakan pisau sebelum memotong kemaluan sendiri.

“Akibat kejadian itu, suspek dan bapanya berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kerana mengalami pendarahan yang banyak," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Menurut Manoharan, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pulang bercuti bersama keluarganya ke kampung sejak minggu lalu.

Beliau berkata, selepas lima hari bercuti iaitu semalam, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan satu ‘amanat’ yang mustahak.

Katanya, setelah sebahagian ahli keluarga berkumpul pada petang semalam, suspek berceramah dengan mendakwa dunia akan kiamat pada Jumaat ini, sebelum bertindak lebih agresif awal pagi tadi.

“Hasil siasatan dijalankan, kita percaya suspek tergamak bertindak demikian kerana terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet," ujarnya.

Manoharan memberitahu, suspek dan bapanya masih dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha menyambung semula kemaluan dua beranak yang terputus itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan sengaja dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Dalam pada itu, isteri suspek yang ditemui di HSNZ enggan memberi komen tentang kejadian itu.

Dia yang berusia 33 tahun cuma menyatakan rasa terkejut kerana baru tiba dari Kuala Lumpur awal pagi tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment