My Add

Saturday 23 March 2013

Program Rimbunan Kasih diperluas: Perdana Menteri

KUALA LIPIS, SABTU, 23 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperluaskan program Rimbunan Kasih dalam usaha mengubah kehidupan masyarakat di luar bandar sejajar dengan konsep pembangunan terbaharu alaf ke-21.

Perdana Menteri berkata, pembangunan dilaksanakan itu mahu melihat kehidupan masyarakat di situ menikmati kemudahan yang turut dirasai di bandar.

"Pemilihan Kampung Tanjung Besar di sini dalam program Rimbunan Kasih merupakan salah satu perintis pemodenan transformasi luar bandar dengan membawa kebaikan kepada masyarakat di situ.

"Program ini sebagai role model atau projek teristimewa yang boleh dijadikan contoh kepada konsep pembangunan luar bandar alaf ke-21 sebelum diperluaskan ke seluruh negara," katanya ketika berucap merasmikan program Rimbunan Kasih di Kampung Tanjung Besar di sini hari ini.

Projek bernilai RM37 juta mula dibangunkan pada April tahun lalu di kawasan seluas 14 hektar dan siap enam bulan kemudian dengan menempatkan 71 peserta terdiri daripada golongan miskin di daerah ini.

Antara projek pertanian dilaksanakan ialah tanaman golden melon, halia dan herba menggunakan teknologi autopot. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment