My Add

Monday 18 March 2013

Pusat CT scan di Hospital Lahad Datu dibina tidak lama lagi

LAHAD DATU, ISNIN, 19 Mac, 2013: Pusat pengimbasan tomografi berkomputer atau CT scan akan mula dibina di Hospital Lahad Datu tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Pembangunan Perubatan, Datuk Dr Azmi Shafie, berkata projek pembinaan pusat itu bernilai RM2.48 juta dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Kementerian Kesihatan, katanya, sangat komited dalam memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan serta kemudahan kesihatan di semua hospital.

"Perkhidmatan CT scan ini memang diperlukan di Hospital Lahad Datu untuk mendiagnosis penyakit kerana hospital terdekat dengan kelengkapan CT scan agak jauh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan kontraktor bagi menyelaras projek itu di sini, hari ini.

Dr Azmi berkata, terdapat enam perkhidmatan CT scan di Sabah iaitu tiga di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Keningau, Tawau serta Sandakan.

Katanya, hospital itu turut mendapat tiga ambulans baru yang diserahkan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment