My Add

Monday 11 March 2013

Pusat trauma untuk kanak-kanak Palestin perlu dibina - NGO

KOTA BAHARU, ISNIN, 11 Mac, 2013: Sebuah badan bukan kerajaan, Life Line for Gaza (LL4G), merancang untuk membina pusat trauma bagi membantu kanak-kanak Palestin menghadapi krisis berpanjangan dengan Israel.

Pengerusi LL4G, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata, pihaknya menjangka serangan lebih hebat daripada rejim Zionis pada masa depan, justeru pembinaan pusat trauma seumpama itu amat diperlukan bagi membantu kanak-kanak terbabit menghadapi situasi cemas.

"Hasil kajian yang kita lakukan, terdapat kira-kira 2,000 kanak-kanak Palestin terutama yang tinggal di Gaza kini berada dalam keadaan trauma berikutan konflik Palestin-Israel yang masih belum menemui titik noktahnya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media mengenai Perlawanan Bola Sepak Amal Palestin antara bekas pemain Kelantan dan bekas pemain Selangor di sini hari ini.

Perlawanan persahabatan yang dijadual berlangsung pada 8.45 malam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini Jumaat ini, bertujuan mengumpul dana untuk misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.lifelineforgaza.org atau www.facebook.com/lifeline4gaza. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment