My Add

Thursday 7 March 2013

Rahimi cabar bekas Panglima Tentera Darat jawab

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman mencabar bekas Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein menyatakan sama ada peristiwa Sauk yang berlaku pada tahun 2000 juga merupakan sandiwara UMNO seperti mana tuduhan pihak pembangkang.

Menurut Rahimi, ini kerana pihak pembangkang telah menggunakan alasan yang sama dengan menuduh bahawa kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah sandiwara ulangan peristiwa Sauk.

"Memandangkan Md. Hashim adalah Panglima Tentera Darat pada ketika itu (Sauk), sudah tentu dia boleh memberikan sedikit pencerahan sama ada benar atau tidak tuduhan pembangkang.

"Kalau benar, kenapa perlu rujuk kes Sauk dan kalau tidak benar, kenapa dia boleh berada dengan pembangkang pada hari ini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah portal propembangkang, Malaysiakini hari ini melaporkan Md. Hashim berpendapat pencerobohan di Lahad Datu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang jelas.

Bagaimanapun, kata Md. Hashim, pandangannya itu mungkin berbeza sekiranya melihat sendiri keadaan di lapangan.

Pada 1 Mac lalu, Tian Chua seperti dipetik menerusi lidah rasmi PKR, keadilandaily.com mendakwa, kejadian yang menyebabkan kematian anggota keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya 'sandiwara UMNO' untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - UTSAN

No comments:

Post a Comment