My Add

Tuesday 12 March 2013

Raja pecut Olimpik dinobat sebagai olahragawan 2012

SAO PAULO, SELASA, SELASA, 12 Mac, 2013: Raja pecut Olimpik, Usain Bolt dinobatkan sebagai olahragawan 2012 pada Majlis Anugerah Sukan Laureus, manakala Pasukan Piala Ryder Eropah diumumkan selaku pasukan sukan terbaik.

Bolt menerima anugerah berkenaan buat kali ketiga selepas menunjukkan prestasi terbaik beliau pada temasya Olimpik London 2012 dengan memenangi emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter.

Pasukan Piala Ryder Eropah pula diberi anugerah selepas terbabit dalam pertembungan paling bermakna sukan golf antara pasukan Amerika Syarikat di Madinah.

Sementara itu, atlit heptatlon Britain, Jessica Ennis dipilih sebagai olahragawati 2012 manakala Andy Murray dinobatkan selaku atlit paling berjaya. - AP/BH

No comments:

Post a Comment