My Add

Tuesday 12 March 2013

Rakyat diseru beri sumbangan ikhlas kepada keluarga wira Lahad Datu

KUALA LUMPUR: , SELASA, 12 Mac, 2013Rakyat Malaysia diseru menghulurkan sumbangan ikhlas kepada anggota keluarga wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata sumbangan itu sebagai tanda sokongan dan menghargai perjuangan wira-wira negara yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

"Bukan soal berapa jumlah sumbangan tetapi keikhlasan itu penting," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

Kira-kira 30 bekas pegawai kanan polis antaranya bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan hadir pada majlis itu dan turut memberi sumbangan.

Abu Zahar berkata, kehadiran bekas pegawai kanan polis itu memperlihatkan semangat bersatu padu dalam memberi sokongan penuh kepada anggota keselamatan yang sedang berjuang mempertahankan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment