My Add

Saturday 9 March 2013

Rakyat Malaysia hargai pengorbanan anggota keselamatan

SEMPORNA, SABTU, 09 Mac, 2013: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rakyat Malaysia amat menghargai dan memandang tinggi pengorbanan anggota keselamatan yang sanggup mengorbankan nyawa demi kedaulatan negara.

Menurut Shafie, pengorbanan anggota keselamatan sama ada polis atau anggota tentera itulah yang memungkinkan negara dan rakyat mampu mengecapi kemajuan dan kejayaan yang dinikmati hari ini.

"Tugas anda tak mudah. Anda bertugas tidak kira masa, malam, siang, hujan atau panas untuk mempertahankan keamanan negara. Kerana pengorbanan inilah yang memungkinkan rakyat boleh tidur lena dan negara maju," katanya ketika berucap pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment