My Add

Sunday 24 March 2013

Rakyat Pahang diseru terus beri mandat kepada PM: Adnan Yaakob

KUANTAN, SABTU, 23 Mac, 2013: Datuk Seri Adnan Yaakob menyeru rakyat di negeri ini supaya terus memberi mandat sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus mentadbir negara.

Menteri Besar berkata, usaha menukar kerajaan bukan mudah kerana ia terbukti apabila beberapa negara luar yang menukar kerajaan tidak dapat ditadbir dengan baik seperti kerajaan sebelumnya.

"Jangan sesekali cuba untuk menukar kerajaan kerana ia akan memburukkan lagi negara.

"Ini semua hasutan sesetengah pihak yang pentingkan diri untuk memusnahkan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Janji Ditepati (JJD) di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment