My Add

Monday 11 March 2013

Rakyat Pulau Pinang teragak-agak terima projek terowong dasar laut

PULAU PINANG, ISNIN, 10 Mac, 2013: Projek pembinaan terowong dasar laut dan empat lebuh raya yang diumumkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ternyata kurang meyakinkan pelbagai pihak di negeri ini.

Dalam satu sesi dialog bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang diadakan hari ini, rata-rata peserta memberi reaksi kurang senang dan kelihatan teragak-agak menyatakan kesediaan mereka untuk menerima projek berkenaan.

Terdapat juga peserta mempersoalkan keperluan dan kesan pembinaan projek tersebut.

Bagi kebanyakan mereka, kerajaan negeri sepatutnya memberi keutamaan untuk meningkatkan mutu dan kemudahan pengangkutan awam berbanding projek mega bernilai RM6.3 bilion itu.

Bagaimanapun, Guan Eng menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan berhubung masalah kesesakan lalu lintas dan tidak menerangkan secara terperinci mengenai projek mega berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment