My Add

Monday 11 March 2013

Ratu Elizabeth tandatangani Piagam Komanwel

RATU Elizabeth diiringi keluar oleh beberapa pegawai perubatan di Hospital King Edward VII di London pada 4 Mac lalu, selepas menerima rawatan di hospital itu kerana simptom gastroenteritis. - REUTERS
LONDON, AHAD, 10 Mac, 2013: Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth dijangka menandatangani Piagam Komanwel yang mempromosi hak golongan homoseksual dan kesemarataan jantina.

Akhbar Daily Mail melaporkan pemerintah Britain itu akan menandatangani piagam tersebut pada satu acara umum pertamanya selepas keluar dari hospital akibat jangkitan kuman.

Piagam itu direka untuk menghalang diskriminasi terhadap golongan homoseksual dan mempromosi 'kuasa wanita' sebagai bahagian utama dalam meningkatkan hak asasi manusia dan standard kehidupan di negara-negara Komanwel.

Beliau dijangka muncul di televisyen dalam satu siaran secara langsung, memberi ucapan menerangkan komitmennya terhadap pelaksanaan piagam tersebut.

Sumber berkata, keputusan itu merupakan satu acara bersejarah kerana buat pertama kali Ratu Elizabeth secara jelas menyatakan sokongannya terhadap hak golongan homoseksual sejak pemerintahannya selama 61 tahun.

Piagam dikenali sebagai 21st Century Commonwealth Magna Carta itu mengisytiharkan ''Kami menentang semua bentuk diskriminasi, sama ada berasaskan jantina, bangsa, warna, fahaman, politik dan asas lain.''

Asas lain itu merujuk kepada seksualiti berbanding rujukan lebih spesifik kepada golongan gay dan lesbian bagi menghormati negara-negara Komanwel yang mempunyai undang-undang yang mengharamkan hubungan sejenis.

Jurucakap Istana Buckingham berkata, Ratu Elizabeth hanya menyokong keputusan diambil oleh Komanwel.

''Beliau tidak mempunyai pandangan peribadi dalam isu ini. Ratu Elizabeth tidak mempunyai pandangan berunsur politik dan semua adalah berkaitan dengannya,'' kata jurucakap itu. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment