My Add

Saturday 9 March 2013

Ribuan peminat bola sepak beri tabik hormat pejuang negara

 *RIBUAN penyokong bola sepak Pahang menyanyi lagu "Barisan Kita" sambil
 memberi tabik hormat dan memegang gambar anggota keselamatan yang terkorban
 dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah sebelum perlawanan Liga
Super antara Pahang menentang PKNS di Stadium Darul Makmur, Kuantan
malam ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Ribuan penyokong bola sepak di Stadium Darul Makmur di sini malam ini memberikan penghormatan kepada anggota keselamatan yang gugur ketika mempertahankan tanah air dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Mereka bukan sahaja menyanyikan lagu "Barisan Kita" dengan penuh semangat malahan turut memberi tabik hormat dan mengangkat gambar poster yang memaparkan kelapan-lapan anggota yang gugur di Lahad Datu dan Semporna tempoh hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment