My Add

Sunday 24 March 2013

RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang

MARAN, SABTU, 23 Mac, 2012:Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment