My Add

Friday 15 March 2013

RM5,000 sehari sedia makanan

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Sebanyak RM5,000 dibelanjakan setiap hari bagi menyediakan makanan kepada penduduk-penduduk yang terjejas ekoran kejadian pencerobohan pengganas Sulu yang ditempatkan di empat buah pusat penempatan sementara di daerah itu.

Makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam berkenaan disediakan petugas Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) di Dewan Desa Kenchana di sini.

Ketua tukang masak, Sujoyo Sigiman berkata, sebanyak 150 kilogram beras digunakan sehari untuk disediakan kepada kira-kira 2,800 penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara itu.

"Kami mula memasak pada pukul 4.30 pagi dan akan siap memasak untuk sarapan pada pukul 6 pagi. Makanan ini akan dibungkus dan dihantar oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA) ke kesemua pusat pemindahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment