ROS digesa tidak berlembut terhadap DAP
KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Mac, 2013: Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa tidak lagi menggunakan pendekatan berlembut terhadap DAP, sebaliknya mengambil tindakan tegas ekoran kegagalan pemimpinnya memberi kerjasama dalam siasatan berhubung kesilapan yang berlaku ketika pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, ROS perlu adil bertindak mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Menurut beliau, DAP tidak boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk pembatalan pendaftaran jika didapati melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.
"Perkara ini bukan luar biasa. Kita pernah menyaksikan UMNO diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan tidak sah kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. - UTUSAN A
No comments:
Post a Comment