My Add

Saturday 23 March 2013

ROS sukar siasat CEC DAP

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

''Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut tetapi dia belum dapat menghadirkan diri dan dimaklumkan beliau tiada masa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment