My Add

Saturday 9 March 2013

Saiful pula dakwa Anwar guna bapanya

*SAIFUL (kanan) bersama peguamnya, Zamri Idrus pada sidang
media yang diadakan lewat petang tadi. 

NIZAM ZAIN DAN JAMILAH HAMZAH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Saiful Bukhari Azlan pula mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Ketua Pembangkang berhubung kes liwat kali kedua, telah menjadi "mangsa kerakusan politik makhluk bernama (Datuk Seri) Anwar bin Ibrahim."

"Demi ALLAH, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya.

"Saya akan terus istiqamah dan perpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat," kata beliau pada sidang media di ibu negara kira-kira jam 6 petang tadi.

Azlan mengadakan sidang media di Ampang dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau juga berkata, Anwar tidak perlu mengheret Azlan ke kancah politik bagi mencapai matlamatnya pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaaan dalam mencapai matlamat beliau,” katanya.

Azlan mendakwa Saiful dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab, yang mendalangi kes liwat kedua melibatkan Anwar.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, Anwar perlu segera bertaubat dan beliau turut berdoa semoga ALLAH membuka semula pintu hati bapanya kembali bersama mempertahankannya.

Saiful juga berkata, bapanya akan terus dihormati di samping berdoa serta beristiqamah dalam menempuh perkara ini.

“Kepada Anwar, bertaubatlah, telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar, saya pasti ALLAH akan balas apa yang dilakukan yang menunjukkan sungguh terdesak serta jijik.

“Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya akan terus berdoa agar ALLAH bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan ALLAH kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa,” katanya lagi.

Pada sidang media selepas membaca kenyataan media itu, Saiful berkata bahawa beliau terkejut dengan tindakan bapanya dan beliau percaya tindakan bapanya itu didalangi pihak tertentu.

"Saya cuba hubunginya tetapi tidak dapat. Perbualan terakhir saya (dengan bapa) malam tadi dan tiada apa-apa yang berlaku. Kita hanya bincang urusan keluarga untuk ke Terengganu dan Kelantan selain perihal kucing..Sebab itu kenapa saya terkejut."

"Saya sendiri hendak tanya kenapa perkara ini berlaku yang mana semua orang pun hendak tahu. Saya rayu kepada bapa supaya kembali ke jalan yang benar.

"Terang-terang dia tahu Anwar salah... saya pun tidak tahu macam mana dia boleh terpengaruh. Beliau bersama saya setiap hari di mahkamah mengutuk Anwar
malah dia orang pertama yang ke depan untuk buat sidang akhbar dan desak Peguam Negara buat rayuan (kes liwat)," katanya.


Beliau turut meminta Anwar dan pihak-pihak lain supaya tidak mengheret bapanya ke dalam kes tersebut.

"Janganlah melibatkan bapa saya walaupun terdesak untuk mencapai matlamat," katanya.

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat
bekas pembantu peribadinya itu.

Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1,
Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

"1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

*BAPA Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider

JAMILAH HAMZAH
KUALA LUMPUR: Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi. - Sinar, Harian


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar." - Sinar Harian

Gambar pertemuan Anwar, bapa Saiful Bukhari jadi teka-teki

 *GAMBAR yang merakamkan pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan
individu dipercayai bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim di suatu tempat dan
 tarikh yang tidak dijelaskan yang tersebar di laman-laman sosial hari ini.
 *IMBAS kembali.... Saiful Bukhari ditemani bapanya Azlan Mohd. Lazim (kanan)
 ketika dia membuat sumpah laknat bagi mengesahkan bahawa dakwaan dia diliwat oleh
 seorang pemimpin pembangkang adalah benar, di Masjid Negara pada Ogos 2008.

KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan gambar yang memaparkan individu dipercayai bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di suatu tempat dan tarikh yang tidak dijelaskan.

Gambar tersebut yang turut tersebar menerusi laman-laman sosial hari ini didakwa dirakam beberapa bulan dahulu.

Portal Mynewshub berkata, jika benar pertemuan itu berlaku, ia boleh menimbulkan teka-teki memandangkan hari ini Azlan membuat sidang akhbar bagi mendakwa kejadian liwat Anwar dan anaknya itu hanyalah satu konspirasi bagi menjatuhkan reputasi Ketua Pembangkang itu.

Selain portal terbabit, gambar itu turut mendapat perhatian beberapa blog dan portal lain yang antaranya mendakwa pendedahan terbabit adalah untuk mengalihkan perhatian awam terhadap isu yang berlaku di Lahad Datu.

Antara blog yang turut menyiarkan gambar tersebut ialah Angin Laut China Selatan, Novandri dan Kedah ke KL.

Blog-blog tersebut mempertikaikan sekiranya benar kejadian tersebut merupakan satu rekaan, mengapa bukan Mohd. Saiful Bukhari sendiri yang mengeluarkan kenyataan menafikan insiden terbabit.

Petang tadi, Saiful Bukhari mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih lagi berpegang kepada sumpah yang dibuatnya sebelum ini dan mendakwa bapanya telah dipergunakan oleh bekas majikannya.

Kenyataan penuh Mohd. Saiful Bukhari berhubung kenyataan bapanya boleh dibaca di blog beliau, mohdsaifulbukhari.blogspot.com - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment