My Add

Tuesday 26 March 2013

Salahuddin tak usah berlakon jadi 'penyelamat' di JB - Shahrir Samad

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
JOHOR BAHRU, ISNIN, 25 Mac, 2013: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dinasihatkan supaya tidak mewujudkan gambaran seolah-olah menjadi 'penyelamat' isu tanah di negeri ini sedangkan tanah di Kelantan di mana dia menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, terjual kepada orang luar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, khabar angin penjualan tanah Kampung Melayu Majidee di sini yang diperkatakan Salahuddin dalam ceramah pembangkang di kampung tersebut semalam adalah tidak benar.

"Komisyen lumayan? Siapa nak jual? Tanah di Kampung Melayu (Majidee) dah bertuan, jadi siapa yang nak jual (terpulang kepada mereka). Kalau tuan punya tanah, memang ada yang dah jual kepada pembeli yang layak membeli kerana ini bukan tanah kerajaan tetapi milik individu.

"Yang sebenarnya ini jadi masalah, tidak tahu keadaan sebenar dan buat cerita seolah-olah boleh menjadi penyelamat. Dia (Salahuddin) jadi wakil rakyat Kubang Kerian di negeri Kelantan, tanah dijual kepada orang bukan Kelantan.

"Jadi dari segi rekod dan kebolehan dan prestasi, kerajaan Pas itu sendiri, di negeri dia menjadi Ahli Parlimen tidak boleh mehyakinkan orang yang dia akan boleh buat apa yang dia nak buat. Tak payahlah nak wujudkan gambaran datang menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Wanita, Pemuda dan Puteri BN Johor Bahru di Jalan Langkasuka di sini semalam.

Dalam ceramah di padang awam Kampung Melayu Majidee yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Salahuddin mendakwa terdapat ura-ura penjualan tanah di Kampung Melayu dengan komisyen yang lumayan dan berjanji akan mempertahankan kampung tersebut 'walau seinci pun'.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, penduduk Kampung Melayu Majidee hidup dengan selesa namun Salahuddin tidak mengetahui perkara tersebut kerana tidak berada di situ sebelum muncul dan menggembar-gemburkan cerita wujud ejen komisyen mahu menjual tanah.

"Memanglah ada yang jual dan bertukar tangan tetapi antara individu dengan individu. Dari mana komisyen datang kerana tiada siapa boleh jual kalau tak memiliki tanah itu sendiri.

"Semalam pun cakap isu setinggan tetapi ada kampung yang dia sebut tiada dalam kawasan Kampung Melayu Majidee. Dia cuba bercakap macam faham tetapi sebenarnya tak faham," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment