My Add

Wednesday 13 March 2013

Salur maklumat lengkap jika berlaku kenaikan harga barang

BERA, RABU, 13 Mac, 2013: Orang ramai diminta memberikan maklumat lengkap dan tepat semasa membuat aduan berhubung kenaikan harga barangan di kawasan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanpa aduan yang lengkap seperti maklumat berkenaan alamat atau nama kedai, akan menyukarkan tindakan dilakukan.

"Jika terbukti peniaga terbabit menaikkan harga barang, maka tindakan tegas boleh diambil ke atasnya mengikut Akta Anti Pencatutan 2011," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kementerian itu bersama masyarakat di Taman Jaya Kemayan, di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment