My Add

Monday 25 March 2013

Sandiwara terbaharu DAP sedia disiasat ROS, dibatal

PULAU PINANG, AHAD, 24 Mac, 2013: Kesediaan DAP untuk disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan berlaku kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) tahun lalu disifatkan sebagai sandiwara terbaharu parti itu.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sepatutnya kepimpinan parti tersebut memberikan kerjasama sejak dari awal lagi.

Menurut beliau, kepimpinan parti itu seolah-olah sengaja mahu pendaftaran DAP dibatalkan kerana jika perkara itu berlaku, ia boleh mewujudkan perasaan simpati kaum Cina terhadap parti itu.

“Mereka (DAP) mahu mencetuskan suasana kononnya kerajaan begitu zalim kepada parti itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan kesediaan parti itu untuk disiasat oleh ROS berhubung dakwaan berlaku kesilapan pemilihan CEC pada tahun lepas.

Karpal yang mengakui perkara tersebut sebagai serius berkata, DAP harus bekerjasama dengan ROS bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan yang telah berlanjutan sejak beberapa bulan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini tidak menolak kemungkinan calon mereka bertanding di bawah simbol Bebas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas jika pendaftaran parti dibatalkan.

Mengenai kemungkinan DAP bakal bertanding menggunakan lambang Pas, Mohamed Razali memberitahu, ia sekadar mahu mendapatkan undi orang Melayu.

“Mereka akan sanggup bertanding atas tiket Pas untuk mengaburi mata orang Melayu bahawa DAP bukannya parti rasis. Hanya mereka (orang Melayu) yang buta mata akan menyokong DAP," ujarnya yang juga bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment