My Add

Thursday 21 March 2013

Satu lagi mayat pengganas ditemui

LAHAD DATU, RABU, 20 Mac, 2013: Pasukan keselamatan menemukan satu lagi mayat kumpulan pengganas Kiram dalam operasi penggeledahan Ops Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini semalam yang dipercayai ditembak pada 6 Mac lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mayat itu akan dibawa keluar hari ini dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tujuan bedah siasat.

“Saya ingin sahkan bahawa Ops Daulat masih diteruskan dan kini berada pada tahap pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu.

‘‘Beberapa hari lagi diperlukan bagi melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan menyeluruh sebelum membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment