My Add

Tuesday 12 March 2013

Sekolah di Semporna, Lahad Datu mula dibuka

 *SEBAHAGIAN murid Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 yang kembali mengikuti
 sesi persekolahan di Lahad Datu, semalam.

SEMPORNA, ISNIN, 11 Mac, 2013: Sebanyak 49 sekolah di daerah ini yang ditutup sejak minggu lalu ekoran pencerobohan pengganas Sulu mula dibuka hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa serta ibu bapa diingatkan agar tidak bimbang tentang keselamatan anak masing-masing.

"Kita telah mendapat laporan daripada pihak keselamatan bahawa keadaan di Semporna selamat dan sekolah boleh dibuka seperti biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Simunul yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat pertempuran itu mendapati kehadiran murid ke sekolah tersebut kurang memuaskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment