My Add

Thursday 14 March 2013

Seludup dadah RM1.4 juta gagal

 *ABD. Aziz Abdul Latif (tengah) bersama Penguatkuasa Kastam Langkawi,
 Lokman Yahya (kiri), Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Yusof Ibrahim
(dua dari kiri) dan pegawai lain menunjukkan dadah yang berjaya dirampas
 di Pejabat Kastam, Alor Setar, semalam.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR, RABU, 13 Mac, 2013: Kastam mematahkan cubaan dua lelaki warga India untuk menyeludup dadah jenis syabu dan ketamin dianggarkan bernilai RM1.4 juta dalam dua kes berasingan pada 2 dan 10 Mac lalu.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, dalam kes pertama, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 3.45 petang ketika cuba menyeludup ketamin seberat 10.32 kilogram (kg) bernilai RM361,270.

"Pemeriksaan telah dijalankan ke atas sebuah beg pakaian suspek yang berasal dari Bangalore itu setelah hasil imbasan didapati mencurigakan.

Sekeluarga ditahan bersama dadah, bom tangan

PULAU PINANG: Polis menahan tiga suspek yang mempunyai pertalian keluarga termasuk sepasang suami isteri serta merampas pelbagai jenis dadah, pistol dan sebutir bom tangan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Patani di sini semalam.

Mereka yang berusia antara 36 dan 61 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri pada pukul 10 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang warga emas yang ditahan itu merupakan bapa kepada suspek lelaki yang juga seorang kontraktor dan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah bagi pasaran di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan polis di rumah berkenaan menemukan 2.34 kilogram dadah ketamin, 1,274 biji pil ekstasi, 14 biji pil Eramin 5, 6 gram dadah jenis heroin, 4 gram dadah jenis ganja dan 8.2 gram dadah jenis syabu. Kesemuanya bernilai RM130,000.

Gagal seludup 5.7kg dadah

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
SEPANG: Taktik licik seorang lelaki warganegara India cuba menyembunyikan dadah jenis ketamine seberat 5.7 kilogram (kg) di dalam bingkai gambar terbongkar selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu menaiki penerbangan Emirates Airlines dari Dubai ke KLIA.

Katanya, suspek ditahan sepasukan pegawainya di Balai Ketibaan Bangunan Terminal Utama pada pukul 10 malam sebaik tiba dari Dubai.

"Suspek ini cuba menyimpan dadah itu dalam dua buah bingkai gambar perkahwinan yang dipercayai bukan miliknya di dalam sebuah bagasi penumpang bersama barangan lain.

"Kita kini sedang menahan reman suspek itu selama tujuh hari di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment