My Add

Thursday 14 March 2013

Serangan bukan sekadar ancaman ketenteraan

SHAH ALAM, RABU, 13 Mac, 2013: Peristiwa pencerobohan pengganas Sulu di Sabah perlu disiasat sehingga ke akar umbi kerana kejadian itu mungkin bukan ancaman ketenteraan biasa yang dihadapi mana-mana negara berdaulat.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kejadian itu tidak harus dianggap cubaan mewujudkan kekacauan secara ketenteraan semata-mata tetapi perlu dilihat sebagai rancangan licik pihak tertentu membantu pengganas Sulu merampas wilayah berdaulat milik Malaysia.

Malah, katanya, kejadian itu juga perlu disiasat secara mendalam kerana dibimbangi terdapat dalang dari dalam negara ini yang memberi dana dan membantu usaha supaya Sabah tidak lagi menjadi sebahagian dari Malaysia.

“Penglibatan individu dan pertubuhan tertentu dari negara ini dalam pembebasan sebuah negara di rantau ini suatu waktu dahulu perlu dijadikan pengajaran berguna kepada kita supaya segera mengambil tindakan terhadap dalang terbabit," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment