My Add

Tuesday 5 March 2013

Serangan melibatkan 10km persegi - Ketua Polis Negara

LAHAD DATU. SELASA, 05 Mac, 2013: Pihak keselamatan telah melancarkan serangan ofensif di kawasan seluas 10 kilometer persegi di daerah ini dengan pengkhususannya di kawasan sekitar empat kilometer persegi iaitu di Kampung Tanduo.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya amat positif terhadap serangan yang dijalankan dan setakat ini tidak ada orang awam di kawasan tersebut.

"Kita perlu mempertahankan keselamatan negara setelah pihak keselamatan diserang sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa hari lalu," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment