My Add

Friday 22 March 2013

Seri Paduka hadir majlis makan malam amal F1

 *TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah diiringi
 Mokhzani Mahathir berkenan melihat pameran beg tangan jenama Judith Leiber
 dalam majlis makan malam amal F1 di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan hadir ke majlis makan malam amal sempena ulang tahun ke-15 Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Kehadiran tetamu-tetamu kenamaan disambut oleh Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir.

Lebih menarik lagi malam gala yang bertujuan mengumpulkan dana untuk Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) melalui aktiviti lelongan turut dihadiri oleh barisan pemandu F1 serta selebriti tempatan antaranya Datuk Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Selebriti-selebriti antarabangsa yang hadir ialah pelakon, Datuk Seri Michelle Yeoh; model, Kimora Lee; pelakon Hollywood, Teri Hatcher dan penyanyi, Kenny 'Baby Face' Edmonds. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment