My Add

Tuesday 5 March 2013

Sesi keempat Suruhanjaya Siasatan Diraja ditangguh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Mac, 2013: Sesi keempat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah dijadualkan pada 5 hingga 9 Mac ini ditangguhkan.

Pegawai pengendali, Manoj Kurup apabila dihubungi mengesahkan perkara itu.

Manoj berkata, beliau menerima e-mel semalam daripada Setiausaha Suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim menyatakan tarikh 5 Mac dilapangkan.

Katanya, e-mel itu juga menyatakan akan memaklumkan kepada pihak yang terbabit dalam kes itu mengenai tarikh baru.

Pada prosiding terakhir, suruhanjaya itu yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong turut menetapkan 18 Mac hingga 21 Mac untuk menyambung pendengaran.

Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman J Luping.

Setakat ini 62 saksi dipanggil sejak sesi pertama pendengaran bermula 14 Januari lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment