My Add

Sunday 24 March 2013

Setiausaha Agung DAP perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Mac, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu meletak jawatan berikutan kegagalannya menjemput seluruh delegasi semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu pada Disember tahun lalu.

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan (gambar) berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab atas masalah yang timbul.

Berikut adalah kenyataan penuh Ramanan:

l Sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP, Setiausaha Agung DAP perlu meletak jawatan kerana dia punca berlakunya masalah pemilihan.

Guan Eng sepatutnya menjemput semua 2,576 delegasi menghadiri pemilihan itu sebaliknya hanya 1,823 dijemput.

Apa berlaku kepada 753 delegasi lain dan Guan Eng perlu memikul tanggungjawab atas ketidakhadiran mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment