My Add

Monday 18 March 2013

Showcase Anak Muda didik nilai kebajikan

PELABUHAN KLANG, AHAD, 17 Mac, 2013: Program Showcase Anak Muda (SAM) anjuran Majlis Belia Selangor (MBS) di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Sulaiman di sini, berjaya menarik kira-kira 7,000 pengunjung dengan kebanyakannya generasi muda.

SAM yang merupakan program siri keenam selepas siri kelima di Morib minggu lalu itu merupakan inisiatif MBS dalam menyediakan platform kepada golongan muda meluahkan pandangan serta idea untuk dimanfaatkan negara pada masa depan.

Pengerusi MBS Daerah Klang, Haizi Mohd. Salleh berkata, program kali ini turut diselit program bantuan kebajikan bagi mendedahkan nilai-nilai kebajikan dan sikap prihatin terhadap orang miskin serta warga emas dalam kalangan orang muda.

"Hari ini, selain mendengar pandangan anak muda dan memberi informasi kepada mereka, kita turut memberi sumbangan barang keperluan seperti beras dan minyak masak kepada 150 orang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment