My Add

Monday 4 March 2013

Siasatan segera pertemuan dua pemimpin pembangkang harus dilakukan

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Mac, 2013: Siasatan segera perlu dilakukan terhadap pertemuan antara dua pemimpin pembangkang dengan pihak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) serta wakil Kesultanan Sulu bagi memastikan kedaulatan negara tidak tercemar.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pertemuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari manakala Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan dan disusuli dengan siasatan rapi.

"Siasatan perlu dibuat dengan segera terhadap dua individu yang terlibat kerana rakyat sekarang sudah keliru dengan maklumat yang bercampur baur.

"Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat dan tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment