My Add

Thursday 21 March 2013

Sidang akhbar manifesto pembangkang di KL dibatalkan

Oleh BORHAN ABU SAMAH
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Sidang akhbar pakatan pembangkang berhubung pelancaran manifesto parti itu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadual pada pukul 10 pagi ini telah dibatalkan.

Sidang akhbar itu yang sepatutnya diadakan selepas mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, dibatalkan tanpa sebarang makluman.

Seorang kakitangan Kelab Sultan Sulaiman memaklumkan kepada Utusan pihak berkenaan telah membatalkan tempahan bilik mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun terdapat kain rentang yang dipasang di luar kelab itu memaklumkan satu ceramah akan diadakan mengenai manifesto terbabit pada pukul 8 malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment