My Add

Friday 15 March 2013

Sikap diam Wan Azizah diprotes

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Penolakan dan protes ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ekoran sikap berdiam diri pemimpin itu dalam pelbagai isu.

Ahli PKR Ampang, Amizan Mat bagaimanapun berkata, penolakan itu dilakukan secara senyap oleh kebanyakan ahli kerana mereka bimbang akan dikenakan tindakan disiplin atau disisih seperti dihadapi Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Selain sikap berdiam diri Wan Azizah, katanya, ahli parti kini semakin menolak beliau kerana mereka malu dengan ketidakupayaan beliau menjadi calon pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya dan ahli PKR akar umbi menyokong kenyataan Mohd. Fareez sebelum ini yang mahukan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dilantik menggantikan Wan Azizah sebagai presiden parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment