My Add

Friday 22 March 2013

Sivarasa digesa perjelas persoalan fitnah PM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Sejak kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) pada 15 Mac lalu, pelbagai pihak mahukan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memberikan penjelasan terutama persoalan yang mengaitkannya dalam komplot memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaharu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mahu Sivarasa melakukan perkara sama apatah lagi isu tersebut telah dikaitkan dengan satu pendedahan yang dibuat oleh pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamarudin, Ogos tahun lepas menerusi portal malaysia- today.net.

Berikut kenyataan penuh Anuar berhubung isu tersebut:

1. Sebagai seorang Ahli Parlimen, R. Sivarasa perlu menjawab semua persoalan yang mengaitkan beliau dalam komplot memfitnah Perdana Menteri. Jika beliau gagal berbuat demikian, timbul persoalan apakah mungkin beliau terlibat. Sivarasa perlu jelaskan sama ada beliau mula terlibat dengan M. Puravalen dan PI Bala sejak Oktober 2006 atau pun Julai 2008.

2. Mengikut pengakuan yang dibuat oleh Raja Petra pada Oktober lalu, beliau sendiri menyaksikan bahawa R. Sivarasa merupakan 'arkitek' kepada Pengakuan Bersumpah (Statutory Declaration) di mana PI Bala seolah-olah terpaksa tanda tangani pada 1 Julai 2008. Apakah PI Bala semata-mata jadi alat agenda politik kepada Sivarasa, M. Puravalen dan taukenya?

3. Persoalan sekarang, siapakah tauke di belakang M. Puravalen sebab semua orang tahu siapakah tauke di belakang R. Sivarasa. Mengapakah Razak Baginda dengan begitu senang boleh masuk dalam perangkap M. Puravalen dan taukenya.

4. Kita juga ingin bertanya kepada tauke M. Puravalen, apakah kes Altantuya pada Oktober 2006 bertujuan untuk singkir Datuk Seri Najib dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan apakah SD PI Bala pada Julai 2008 pula bertujuan untuk menghalang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment