My Add

Thursday 21 March 2013

SPR sangkal dakwaan boleh mengetahui calon pilihan pengundi

IPOH, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyangkal bahawa pihaknya boleh mengetahui calon pilihan pengundi dalam kertas undi pada PRU-13 seperti didakwa pihak tertentu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata proses pengundian amat telus dan meminta pihak berkenaan termasuk parti politik tidak memesongkan keyakinan pengundi terhadap proses perjalanan pilihan raya.

"Ada dakwaan kita boleh tahu siapa undi siapa tetapi ini tidak benar kerana undi adalah rahsia dan itu terjamin.

"Malah kerani SPR sendiri tidak boleh catit apa-apa di atas kertas undi," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), Ketua Penguatkuasa SPR dan Ketua Polis Daerah di Perak, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, SPR tidak akan melayan tuntutan pengundi untuk memilih kertas undi sebaliknya diberi mengikut turutan.

“Di dalam setiap buku ada 50 helai kertas mengundi yang ada nombor siri yang unik bagi saluran itu saja,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment