My Add

Wednesday 6 March 2013

SPR sudah ada pelan tindakan hadapi PRU-13 jika krisis di Sabah berlarutan

MELAKA TENGAH, SELASA, 05 Mac, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mempunyai pelan tindakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa sebarang gangguan sekiranya pencerobohan di Pantai Timur Sabah masih berterusan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya mempunyai prosedur tertentu mengikut undang-undang bagi memastikan proses demokrasi itu berjalan lancar.

"SPR sudah membuat persediaan pelan tindakan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini (pencerobohan) di Sabah.

"Kita mempunyai prosedur tertentu mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya selepas memberikan Taklimat Ulangan Pegawai dan Penolong Pegawai Pengurus Negeri Sembilan dan Melaka sempena PRU-13 di sebuah hotel di sini, pagi tadi. -  BH

No comments:

Post a Comment