My Add

Saturday 9 March 2013

SPRM tahan 6 doktor swasta

IPOH, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Enam doktor klinik swasta dari beberapa daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam pemalsuan laporan pemeriksaan kesihatan borang permohonan Lesen Memandu Vokasional (VDL) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Enam doktor terbabit terdiri daripada individu berusia 40 dan 60 tahun ditahan dalam serbuan serentak di Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Taiping, Tapah dan Gerik, petang ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata semua doktor terbabit dipercayai membuat pengesahan kesihatan tanpa menjalankan pemeriksaan terhadap pemohon lesen berkenaan. - BH

No comments:

Post a Comment