My Add

Monday 4 March 2013

Strategi mantap tangani isu pencerobohan - Panglima ATM

LAHAD DATU, AHAD, 03 Mac, 2013: Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan tentera dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo di sini yang telah berlarutan selama 19 hari.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dan mampu berhadapan dengan apa sahaja situasi yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya juga sentiasa berwaspada dan tidak memandang rendah pasukan penceroboh yang dilihat mempunyai pengalaman bertempur selain taktik serangan gerila yang baik.

“Kita mempunyai rancangan dan kita tidak boleh terus masuk tetapi apa yang penting kita telah mengepung dan mereka sentiasa dalam perhatian kita.

“Lokasi mereka adalah di pusat yang mempunyai penembak tepat dan sebagainya, jadi mereka tahu kita tidak mampu masuk tanpa risiko kecederaan memandangkan kawasan berkenaan adalah terbuka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment