My Add

Wednesday 13 March 2013

Suasana pilu selubungi pengkebumian Ahmad Farhan




IBU Allahyarham Ahmad Farhan Roslan, Roslawati Ghani tidak mampu menahan kesedihan ketika pengkebumian anaknya yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika bertugas membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu, di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN

KOTA BHARU 13 Mac - Suasana pilu menyelebungi rumah keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Roslan, 21, di Taman Desa Darul Naim Dua di sini sebaik sahaja jenazah tiba dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Kelihatan ibu Allahyarham, Roslawati Ghani, 44, dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan perasaan sebak sebaik sahaja melihat keranda yang membawa jenazah Ahmad Farhan, untuk ditatap buat kali terakhir.

Tiada kata dapat diungkapkan oleh Roslawati dan ahli keluarganya yang lain, selain terus memanjatkan doa agar roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.

Jenazah Ahmad Farhan kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di sini untuk dikebumikan penuh istiadat sebagai wira dengan penghormatan negara, dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

Yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad dan Panglima Markas Divisyen Kedua Infantri, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment