My Add

Friday 15 March 2013

Suasana seram selubungi Kampung Tanjung Batu

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Pertempuran antara pengganas Sulu dan pasukan keselamatan yang berlanjutan hampir dua minggu di kawasan ini memberi kesan kepada kampung-kampung terlibat.

Selain kemusnahan teruk di Kampung Tanduo, keadaan kampung berhampiran seperti Kampung Tanjung Batu juga berubah dengan begitu drastik.

Jika sebelum ini, kawasan Kampung Tanjung Batu dipenuhi penduduk yang melakukan pelbagai aktiviti harian dan kanak-kanak bebas bermain namun suasana itu tidak lagi kelihatan di kampung tersebut.

Malah, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kampung berkenaan begitu sunyi dan amat menyeramkan dengan beberapa rumah musnah teruk serta tidak terjaga.

Haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing juga dilihat berkeliaran manakala jalan-jalan kampung dipenuhi kelongsong dan kotak peluru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment