My Add

Thursday 14 March 2013

Sudah lama niat tawan Sabah

SEMPORNA, RABU,13 Mac, 2013: Misi pengganas Sulu untuk menakluk Sabah, termasuk menagih pengiktirafan Kesultanan Sulu telah lama dirancang, namun dikatakan semakin serius akhir tahun lalu dengan beberapa kali pemimpinnya mengadakan pertemuan di sini.

Menurut sumber, perjumpaan pertama mereka pada akhir tahun lalu dan dikatakan disertai oleh Esmail Kiram II sebelum diikuti beberapa lagi pertemuan.

Katanya, mereka menjadikan Kampung Simunul, iaitu lokasi enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban pada 2 Mac lalu, sebagai markas utama mereka.

Kata sumber itu, tindakan Esmail datang ke kampung tersebut dipercayai bagi memantapkan perancangan dan menghebohkan bahawa dia akan melakukan sesuatu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu pengiktirafan kesultanan serta pengambilalihan semula Sabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment