My Add

Tuesday 19 March 2013


Syria bom kawasan bersempadan dengan Lebanon

BEIRUT, SELASA, 19 Mac, 2013: Jet pejuang Syria buat pertama kali mengebom kawasan sempadan negara itu yang bersempadan dengan Lebanon semalam, tindakan yang menyasarkan kedudukan pemberontak negara itu yang berada di negara ini.

"Pesawat Syria mengebom kawasan sempadan antara Lebanon dan Syria namun saya masih belum boleh mengesahkan sama ada letupan itu berlaku di kawasan Syria ataupun Lebanon," jurucakap tentera tertinggi Lebanon yang tidak mahu dikenali.

Bagaimanapun seorang pegawai perkhidmatan keselamatan Lebanon mengesahkan jet pejuang itu melancarkan empat peluru berpandu ke atas kedudukan pemberontak Syria di sempadan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment