My Add

Thursday 14 March 2013

Teman wanita Kpl Ahmad: Kami patut nikah sebaik misi Lahad Datu selesai

 *Ibu kepada Koperal Ahmad Farhan, Roslawati Ghani menyiram
 pusara anaknya. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdull
 *Nik Aziz dan Mustapa Mohamad antara orang kenamaan memberi
penghormatan terakhir kepada Koperal Ahmad Hurairah dan Ahmad
Farhan. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdullah

PASIR MAS, RABU, 13 Mac, 2013: "Dia berhasrat untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan secara serentak sebaik pulang selepas menamatkan misi di Lahad Datu," kata teman wanita Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang gugur dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Nordiana Kamaruddin, 23, yang ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Bayu Lalang di sini, berkata kali terakhir dia menerima khimat pesanan ringkas (SMS) daripada Allahyarham tiga hari lepas yang memintanya menjaga diri dengan baik.

Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah semalam.

Nordiana yang berasal dari Kampung Telong Bachok berkata, dia mengetahui mengenai kematian teman lelakinya pada 4 petang semalam melalui seorang rakan.

"Dia pergi kerana negara dan saya tahu semua rakyat berbangga dengannya.

"Apakan daya ALLAH lebih menyayangi dia dan saya terima dengan penuh keredaan bahawa insan yang saya sayang telah pergi buat selama-lamanya," katanya.

Nordiana seorang penuntut tahun akhir jurusan syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kota Bharu berkata, dia mengenali Allahyarham, beberapa tahun lalu melalui rakan.

"Dia seorang yang pandai mengambil hati dan saya senang berkawan dengannya," katanya.

Jenazah Ahmad Hurairah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang di sini dalam penuh istiadat ketenteraan pada 12 tengah hari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment